hi bloggy,
firstly i would like to apologise to all non-malay readers cos for this entry im gonna write everything in malay.. soo sorry.. :( so let me begin..
selamat pada semua teman2 yang sedang membaca.. pagi ini aku ingin meluahkan segala isi hatiku yang telah lama aku pendam. sebenarnya aku lagi mengantuk semasa menekan punat2 komputer riba ku ini kerna aku tido lewat sangat.. 2.40pagi.. dan aku terjaga dari tidoku pada pukul 6.40 pagi.. tiduku kurang nyenyak kerna aku lagi dihantui dgn pelbagai rasa yang aku rasakan kini..
LUAHAN HATI KU..[[MENANTI SEBUAH JAWAPAN]]
aku tak bisa luluhkan hatimu
dan aku tak bisa menyentuh cintamu
seiring jejak kakiku bergetar
aku tlah terpagut oleh cintamu
menelusup hariku dengan harapan
namun kau masih terdiam membisu
sepenuhnya aku ingin memelukmu
mendekap penuh harapan 'tuk mencintaimu
setulusnya aku akan terus menunggu
menanti sebuah jawaban 'tuk memilikimu
betapa derunya rindu menusuk jiwaku
semoga kau tahu isi hatiku
dan seiring waktu yang terus berputar
aku masih terhanyut dalam mimpiku
lirik yang barusan aku copy and paste itu sedikit lebih menggambarkan perasan ku kepada si dia.. sesungguhnya aku agak terkilan dengan jawapan yang telah dia berikan kepada ku semalam setelah aku menggagahkan diriku untuk bertanya tentang KITA.. walaupun jawapan yang diberikan olehnya sedikit mengguris hatiku.. aku redha dan ikhlas menerimanya..kerna..
CINTA BUKAN PAKSAAN
SAYANG BUKAN MAINAN
PERASAAN KASIH DAN SAYANG DATANG DARI HAT
AMAT INDAH UNTUK DISELAMI
aku tidak dapat nafikan bahawa kata2 nya ade benarnya.. kita harus mengenali antara satu dengan lain dengan lebih dekat.. dan sesungguhnya sesi mengenal diri ini memakan masa yang agak lama.. kerna kita harus menyelami hati masing2 terlebih dahulu sebelum memulakan sebuah jalinan mesra. dari katanya ini aku mengerti.. dan benar sungguh jangkaan ku selama ini.. aku hanya bertepuk sebelah tangan.. dan kenyataan amat memilukan.. hmm.. tapi aku redha kerna telah aku katakan pada diriku ini.. aku lebih rela dilukai sekarang dari dilukai di kemudian hari.. dan hari ketentuaan ini telah pun tiba.. dan walaupun ia sedikit sebanyak melukai hatiku aku pasrah kerna aku tahu cinta bukan paksaan..
haiz.. mungkin aku terburu2 dan melakukan kenyataan dalam waktu yang sesingkat itu.. tapi apa yang telah aku tulis adalah ikhlas dan tulus ia lahir dari hati kecilku ini.. begitu juga apa yang aku tulis hari ini..
pengalaman ini banyak mengajar aku tentang erti hidup and tentang erti CINTA.. dan aku yakin aku kini lebih matang.. namun begitu aku takut untuk mengintal mimpi indah lagi kerna kini aku tahu mimpi dan angan2 yang ku pintal mungkin tidak bisa menjadi kenyataan.. dan sesuatu yang aku pelajari dari semua ini adalah tidak terlalu berharap kerana apabila kita sedar harapan itu tidak tercapai.. kita musnah dan ia amat menyakitkan.. umpama terbang terlalu tinggi di kaki langit dan apabila sayap patah maka jatuh lah kita ke bumi.. dan kecederaan yang bakal kita alami sangatlah parah.. ='(
walaupun tiada kata putus yang lahir dari bibirnya.. aku sedar akan situasi ini.. apapun keputusanmu nanti aku akan menerimanya dengan hati yang terbuka dan kita akan berteman seperti dulu.. dan tulus aku katakan aku akan terus menunggu menanti sebuah jawapan untuk memilikmu.. namun begitu aku tidak akan terlalu berharap akan dirimu hadir dalam hidupku.. biarlah masa yang menentukan segala-galanya.. apa pun yang terjadi aku cukup berterima kasih kerna memberi aku peluang untuk menganali kamu dan jatuh hati padamu.. kamu telah berjaya membuka hati kecilku ini yang dahulunya aku yakin tidak akan terbuka pada mana2 lelaki.. ternyata aku salah kerna dirimu hadir dan telah mencuri masuk ke dalam pintu yang ku kunci selama setahum ini.. dan walaupun dirimu hadir hanya untuk sementara dan tercipta hanya untuk menjadi teman ku.. aku amat berterima kasih kerna diberikan peluang dari-NYA untuk mengenali kamu..
mungkin telah ditakdirkan persahabatan kita hanya akan berterusan sebagai teman dan tiada lebih dari itu.. tapi seperti katamu semalam.. kalo dah jodoh tidak kemana.. hmm.. walauapapun aku redha dengan ketentuan-NYA.. :)biarlah masa yang menentukan masa depan ku ini..
sesuatu yang ingin aku katakan kepada dirinya.. aku agak kecewa kerna kau terus membisu selama ini dan membiar aku berharap pada sesuatu yang belum mungkin pasti aku kecapi.. kau hanya terus-terusan memberi aku rasa yang amat indah yang tidak mungkin lahir untuk diriku.. kau seharusnya berterus-terang supaya aku tidak berharap.. tapi kau.. terusan menyusun kata2 manis dalam setiap tutur bicaramu.. aku kecewa dengan tindakan kau itu.. kau membuat aku tenggelam jauh kedalam arus cinta yang tidak pasti ini dan kini pabila kau menyatakan supaya kita memberi masa pada masing2 untuk mengenali diri masing2.. aku amat terkilan dan kecewa.. namun begitu aku kini sedikit lega kerna aku tahu apa sebenarnya berbuku di benak hatimu.. walaupun keputusan yang kau berikan ini belum begitu kukuh.. aku akan ikhlas dan redha menerima apa jua keputusan yang kau buat di masa akan datang.. maka biarlah masa yang menentukan segala2 nya..=)
kepada umairah temanku.. kini aku sedar apa yang cuba kau luahkan selama ini.. adakah ini yang kau maksod kan?? padan lah kau menyatakan apa jua terjadi kau akan tetap berada di sampingku.. kini aku mengerti..
terus terang aku katakan hatiku sedikit remuk dengan keputusan ini.. namun titisan airmata ku ini sedikit sebanyak mengurangkan pedih yang ku alami.. masa2 yang ku lalui selama mengenal diri nya akan aku jadikan satu kenangan terindah dalam sejarah hidupku..
sebelum aku akhiri luahan ku ini.. sekali lagi aku ucapkan terima kasih kerana memberi aku peluang untuk mengenali dirimu.. benar katamu.. jadi biarlah masa yang menentukan segala-galanya..
ikhlas dan tulus,
NURUL AI'IN